Kerjaya Zalif Sidek

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Zalif terlebih dahulu menceburi lakonan iklan komersial sekitar 2007. Pada tahun 2008, beliau menyertai KRU Studios sebagai Eksekutif Promosi. Sekalipun sudah berkerja di KRU Studios, Zalif masih mencuri masa dan ruang berlakon iklan. Antara iklan pernah dijayakannya seperti Panadol Soluble Actifast dan maskot DiGi dengan kostum kuning serta 'duta' Astro First.[1][2]

Zalif membuat penampilan filem pertama menerusi watak sampingan dalam filem aksi komedi Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hasim. Beliau diberi kepercayaan oleh pengarah Hashim Rejab untuk menjayakan peranan utama bersama Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha dalam filem Papa I Love You yang ditayangkan pada 29 Disember 2011, berkisarkan tentang kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal terhadap anaknya selepas kematian isterinya.[3] Pada tahun berikutnya, Zalif digandingan bersama Zahiril Adzim dalam siri komedi Paan dan Paiz arahan Shahrulezad Mohameddin dengan skrip oleh Shamsull Hashim, mengisahkan tentang dua sahabat karib, Paan dan Paiz yang berkawan rapat sejak zaman kanak-kanak.[4][5] Zalif kemudian berlakon dalam filem komedi Islamik arahan Razif Rashid, Aji Noh Motor, yang dityangkan pada 20 September 2012.[6]

Beliau membuat penampilan khas sebagai Gangster Poyo dalam filem Langgar arahan sulung Sein Ruffedge lakonan Ady Putra, Namron, Hans Isaac dan Zul Huzaimy.[7] Zalif meninggalkan Metrowealth Pictures selepas kontraknya tamat dan memutuskan untuk menguruskan sendiri kerjayanya kerana yakin pengalaman akan membantunya berdiri lebih kukuh.[8]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Zalif Sidek http://www.budiey.com/paan-paiz-lakonan-zahiril-ad... http://www.imdb.com/name/nm4702916/ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/aji-noh-moto... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/langgar-buka... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/papa-i-love-... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/bila-... https://www.instagram.com/zalifsidek/ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/... https://www.hmetro.com.my/node/17002